Kesan A. Aziz Deraman

...  Beliau cintakan tanah air dan mengkagumi keindahan negaranya tetapi bersamaan itu merasa prihatin bagaimana kejamnya orang yang tujuannya ialah “menambah kekayaan” sahaja. “Dan kami miskin pemandangan indah//bukit bukau gondol, parah//tanah-tanih gersang, berserah”, - begitu beliau menyeru dengan sakit di hati (Belantara kalbu). Dan teruskan lagi: “Habis hangus hati kami terbakar”. Manusia sebagai bahagian alam tidak boleh wujud tanpanya. Maka Aziz khuatir terhadap perspektif kehancuran alam itu. Bahkan waktu malam dalam tidur beliau terus memikirkan masalah itu dan terbangun kerana mimpi ngeri tetapi kiranya dengan lega bernafas kerana mengerti bahawa itu hanya mimpi (Mimpi ngeri). Tetapi bagaimanakah sekiranya pada suatu ketika mimpi ngeri itu akan menjadi kenyataan? - Victor Pogadaev [2]